Sale
  • Minyak Kelapa Organik Tanpa Bau 500ml - Rainforest Herbs Malaysia
  • Maklumat Pemakanan Minyak Kelapa Organic Tanpa Bau Malaysia

Minyak Kelapa Organik Tanpa Bau 500ml

  • RM24.30 MYR
  • RM27.00 MYR
Size
Qty Price
Buy 1 RM24.30 MYR each
Buy 2 RM23.09 MYR each
Buy 3 RM22.36 MYR each
Buy 4 RM21.87 MYR each

Minyak Kelapa Organik Tanpa Bau kami merupakan tambahan yang paling penting kepada pemakanan sihat kerana ia boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan berlebihan minyak sayuran politepu proses. Mengapa ini begitu penting? Kerana minyak poli tidak tepu Omega 6 lebih cepat melalui proses pengoksidaan apabila dipanaskan dan mereka adalah punca utama pelepasan sebatian radang dan menyumbang kepada masalah plak arteri.

Minyak Kelapa Organik Tanpa Bau boleh digunakan untuk menggantikan kebanyakan minyak sayuran proses yang ada di pasaraya sepenuhnyaManfaat Minyak Kelapa dapat diperolehi sepenuhnya untuk diet kita melalui proses masakan. Walaupun Minyak Kelapa Dara sesuai digunakan dalam masakan kari Asia dan pencuci mulut, ia tidak sesuai bagi kebanyakan hidangan kerana rasa kelapa itu akan mengubah hasil resepi. Kerana itu, Minyak Kelapa Tanpa Bau kami boleh digunakan untuk menggantikan kebanyakan minyak sayuran proses yang ada di pasaraya sepenuhnya. Minyak sayur biasa seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak kanola dan sebagainya terdiri daripada asid lemak poli tak tepu Omega 6 yang cepat teroksida apabila dipanaskan, lalu mengubahnya menjadi sebatian yang berpotensi menyebabkan keradangan atau toksik. Penyelidikan terkini mula beralih arah dan mencari langkah alternatif kerana telah terbukti bahawa diet moden kita mengandungi lemak Omega 6 berlebihan dan ini menyumbang kepada masalah obesiti dan peningkatan penyakit berisiko seperti penyakit kardiovaskular, kanser, radang, dan penyakit autoimun.

Minyak Kelapa Organik Rainforest Herbs kami diperbuat daripada kelapa organik yang diperakui dan ditapis dengan arang aktif dari sekam kelapa dan tanah liat bentonite yang diluluskan secara organik, menyahbau dan menghilangkan warna kelapa supaya dapat digunakan dengan lebih fleksibel dalam pelbagai jenis masakan! Ini dapat dilakukan dengan penggunaan teknologi pemprosesan mekanikal (kimia fizikal bebas) unik kami, lantas mampu mengekalkan semua manfaat dan kelebihan minyak kelapa dalam pada masa yang sama, menghilangkan rasa dan aroma kelapa. Minyak Kelapa Organik kami tidak hidrogenasi dan tidak mengandungi lemak trans dan yang paling penting, tiada kolesterol! Kelapa kami merupakan minyak kelapa gred premium tiada rasa dan aroma khusus dan sesuai digunakan untuk memasak dan membakar atau untuk keperluan kosmetik dan kecantikan. Kualiti Minyal Kelapa Organik kami lebih tinggi berbanding dengan minyak kelapa RBD berkualiti rendah yang dihasilkan melalui pengekstrakan kimia yang tidak boleh disahkan organik. Apabila membeli Minyak Kelapa tanpa bau untuk memasak, pastikan ia disahkan sebagai produk organik.

Rainforest Herbs Odourless RBD Coconut Oil Malaysia


Kegunaan

  • Tambahkan MCT ke dalam diet anda: Minyak Kelapa bebas bau adalah cara yang paling mudah untuk menambah trigliserida rantaian sederhana (MCT) ke dalam diet anda.
  • Memasak: Sesuai untuk menggantikan kesemua minyak proses poli tidak tepu (menghasilkan radang Omega 6) yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan bagi memiliki manfaat kesihatan minyak kelapa.
  • Pembuatan kek: Ia menyediakan rasa mentega kelapa yang kaya krim dan memberi kepuasan tanpa rasa kelapa.
  • Sapuan Roti : Boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan sebagai sapuan ke atas roti.
  • Untuk penggorengan: Minyak yang paling tinggi kadar perintang haba dan pilihan sangat sempurna untuk penggorengan!
  • Kesihatan kulit dan rambut: Produk yang bebas bau lebih disukai ramai.
  • Pemprosesan fizikal secara semulajadi secara: Tidak-hidrogenasi, bukan GMO, bahan organik yang disahkan tiada bahan kimia yang digunakan dalam proses penapisan.

Walaupun Minyak Kelapa Dara sesuai digunakan dalam masakan kari Asia dan pencuci mulut, ia tidak sesuai bagi kebanyakan hidangan kerana rasa kelapa itu akan mengubah hasil resepi dan rasa masakan. Kerana itu, Minyak Kelapa Organik Bebas Bau sangat serba boleh dalam semua bentuk masakan!

Artikel: Kenapa kita mesti hentikan penggunaan minyak sayuran yang bertoksik dan bertukar kepada minyak kelapa