Sale
  • Minyak Kelapa Dara Organik 500ml - Rainforest Herbs Malaysia
  • Organic Virgin Coconut Oil 500ml - Rainforest Herbs

Minyak Kelapa Dara Organik 500ml

  • RM45.00 MYR
Size
Qty Price
Buy 1 RM45.00 MYR each
Buy 2 RM42.75 MYR each
Buy 3 RM41.85 MYR each
Buy 4 RM40.95 MYR each

Minyak Kelapa Dara Organik Rainforest Herbs dihasilkan daripada kelapa  matang segar menerusi teknologi ‘Cold-Pressed’. Ia adalah makanan berfungsi, produk penjagaan kecantikan semulajadi dan ubat herba semua dalam satu. Kesegaran aromanya yang manis dan rasanya yang ringan di mulut menjadikannya jenama popular di ribuan farmasi seluruh Malaysia dan kedai runcit sejak tahun 2008.

Pokok kelapa, juga dikenali sebagai pokok seribu guna, manakala, di India, pokok kelapa itu sendiri dipanggil kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang menyediakan semua keperluan hidup". Malah, di Filipina, pokok kelapa dipanggil sebagai "Pohon Kehidupan".

Minyak Kelapa Dara terdiri daripada 65% asid lemak rantaian medium (MCT's) yang cepat dimetabolisma dan tubuh badan kita menggunakannya sebagai sumber bahan api segera daripada hanya dijadikan sebagai simpanan di dalam sel-sel lemak kita. MCT adalah sumber tenaga alternatif kepada karbohidrat dan tidak diedarkan di dalam aliran darah seperti lemak lain (oleh itu mereka tidak meningkatkan kolesterol LDL yang buruk dan membawa kepada arteri tersumbat). Tenaga bekalan MCT tidak memerlukan insulin dan sangat sesuai untuk mencegah ketidakseimbangan gula darah. Minyak Kelapa Dara kaya dengan Asid Laurik yang merupakan MCT yang paling berkesan dalam aktiviti  antimikrobanya terhadap bakteria, kulat dan virus yang berbahaya.

Piawaian Pembuatan:

    • Rainforest Herbs Minyak Kelapa Dara Organik buatan di MalaysiaOrganik yang diiktirafkan (USDA / NOP, EU dan JAS)
    • Berdaftar JAKIM Halal dan MeSTI yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

    Kegunaan

    • Meningkatkan tahap tenaga dan berguna dalam sindrom keletihan yang kronik
    • Menyokong sistem imun dan mempunyai kesan teurapeutik antibakteria, antiviral dan anti-kulat
    • Penyelidikan baru mendedahkan peranan pencegahan dalam penyakit Alzheimer, Epilepsi dan perlindungan sistem saraf dan otak dari kesan penuaan
    • Menyokong fungsi tiroid, meningkatkan metabolisma & menggalakkan penurunan berat badan
    • Membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan akibat kekurangan gula dalam darah & membaik pulih masalah pencernaan
    • Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan merupakan pelembab serta memberikan perlindungan kepada kulit
    • Mempunyai kesan antioksida & anti-radang terhadap masalah radang usus
    • Mampu mencegah osteoporosis dan gout

    Bagaimana cara pengambilan?

    Minyak Kelapa Dara boleh digunakan untuk menggantikan minyak sayur biasa di dapur anda atau diambil sebagai suplemen makanan secara langsung atau ditambah kepada minuman, smoothie, yoghurt dan lain-lain.

    • Kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun: 1 sudu teh pagi dan malam.
    • Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun: 2 sudu teh pagi dan malam.
    • Dewasa: 2 sudu 3 kali sehari. Sekiranya pertama kali mengambil Minyak Kelapa Dara, anda boleh bermula dengan 1 sudu teh bagi setiap hidangan.

    Digunakan dalam Memasak: Campurkan ke dalam salad atau gunakan sebagai minyak masak, pengganti yang sihat untuk semua minyak masak sayur olahan. Juga boleh disimpan di dalam bekas di dalam peti sejuk dan digunakan untuk menggantikan sapuan mentega di atas roti.

    Digunakan secara luaran: Sapukan sebagai perlindungan antioksidan matahari dan pelembap ke rambut & kulit atau di kawasan yang dijangkiti. Untuk rambut, sapukan sekali atau dua kali seminggu selama 20 minit, kemudian bilas, syampu dan terapi seperti kebiasaan.

    Minyak Kelapa Dara boleh menyebabkan masalah ketidakselesaan terhadap perut pada permulaan pengambilan dan ini biasanya hilang selepas beberapa hari. Jika ini berlaku, anda boleh cuba untuk mengambil hanya 1 sudu teh pada permulaan dan beransur-ansur ditingkatkan dos pengambilan Penggunaan Minyak Kelapa Dara dalam masakan biasanya diterima dan dibolehkan secara umum.

    Nota: Minyak Kelapa Dara tidak sesuai untuk sesetengah orang yang mempunyai alahan kacang yang dikaitkan dengan masalah ekzema / dermatitis, atau sindrom penyerapan lemak yang abnormal disebabkan kerosakan hempedu, hati atau keradangan pankreas. Pengambilan ragi yang berlebihan dalam sistem pencernaan (seperti Candida) juga boleh menjadi penyebab masalah penghadaman dan pencernaan dari kesan anti-ragi / antifungal / anti-candida Minyak Kelapa Dara yang kuat menyebabkan kesan negative yang ketara.

     

    Maklumat lanjut

    Minyak Kelapa Dara Rainforest Herbs didaftarkan dengan pensijilan Jakim Halal Malaysia dan USDA, JAS & EU yang disahkan oleh Kesatuan Kawalan. Ia boleh didapati dalam 125ml, botol semburan 150ml, 500ml, botol 1,000ml dan baldi 5, 10 dan 20 liter. Bekas khas mulut 500ml juga disediakan bagi iklim sejuk. Minyak Kepala Dara Rainforest Herbs yang disediakan dalam drum 190kg kini boleh dimohon oleh pelanggan pukal global. Sila email kepada kami untuk maklumat yang lebih lanjut.