Kesihatan holistik adalah berdasarkan prinsip merawat seseorang secara keseluruhan, bukan dengan meneliti bahagian tertentu sahaja dan melihat pesakit sebagai individu serta penyakit yang dihidapi. Fahaman bagaimana pengaruh genetik, diet dan gaya hidup, kesemuanya digabungkan menjadi faktor dalam menjamin kesihatan kita dalam perspektif holistik adalah benar selama ini.
Definisi:
genomik adalah bidang antara disiplin dalam biologi yang menumpukan pada struktur, fungsi, evolusi, pemetaan (mapping), dan perubahan genom. Genom merupakan organisma yang mempunyai set DNA yang lengkap, termasuk kesemua genetiknya.
nutrigenomik adalah kajian tentang bagaimana makanan mempengaruhi gen seseorang dan bagaimana gen tersebut mempengaruhi cara tindak balas badan manusia terhadap makanan. Nutrigenomik digunakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gen dan diet boleh mempengaruhi kesihatan seseorang dan risiko dalam mengakibatkan penyakit.
epigenetics adalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan warisan melalui mekanisme selain melalui urutan DNA gen. Ia berfungsi melalui tag kimia yang ditambahkan dalam kromosom yang secara beransuran menukar atau mematikan gen.
Kajian dalam genetik mendedahkan bahawa kita boleh mengambil langkah-langkah positif untuk memanjangkan jangka hayat kita dan menghalang keadaan yang melemahkan dimana ubat moden mempunyai beberapa pilihan dalam rawatan. Walaupun kita dilahirkan dengan kecenderungan genetik dalam DNA kita, nasib genetik kita tidak kukuh semasa dilahirkan. Terdapat lapisan ‘epigenetic’ di atas urutan DNA kita yang bertanggungjawab dalam menentukan genetik yang boleh diekspres dan genetik yang kekal menjadi dominan. Hubungan antara DNA dan ‘epigenetic on/ off’ bergantung dengan perjalanan diet, tekanan dan gaya hidup dalam kehidupan seseorang individu.
Setiap keradangan hadir di dalam kesemua penyakit kronik
Faktor umum dalam mengakibatkan penyakit kronik adalah keradangan yang mempengaruhi ekspresi gen dan boleh menjejaskan salah satu organ atau sistem tubuh kita. Simptom awal dan tanda awal contohnya merasa kesakitan, ketidakselesaan, masalah pencernaan dan lain-lain biasanya diabaikan atau dibendung dengan ubat-ubatan farmaseutikal. Hasilnya, kita terus mematuhi diet yang sama, mengikuti gaya hidup yang penuh tekanan atau tidak aktif dan mempercayai bahawa kita dalam keadaan yang baik dimana masalah kesihatan yang kecil telah selesai dengan penggambilan ubatan farmaseutikal.
Kebanyakan penyakit kronik berlaku beberapa tahun yang dahulu dimana tahap keradangan yang kronik adalah rendah dan terdapat pelbagai tanda amaran akan tetapi ia tetap mengejutkan kita apabila para doktor memberitahu pada hari ini kita mempunyai penyakit klinikal dan kami tertanya-tanya bagaimana dan mengapa ia terjadi? Ia bukan sesuatu yang sukar tetapi ini hanya lah sebahagian daripada pengalaman kita dan memerlukan kita untuk berfikir semula pendekatan ke arah kesihatan peribadi sepanjang kehidupan kita. Kesihatan adalah suatu perjalanan yang memerlukan fleksibiliti dan kesanggupan berubah dalam setiap tahap, terutamanya fahaman saintifik yang berkembang secara sekata. Jika sesuatu tidak berjalan dengan lancar, maka kita perlu berani untuk melakukan perubahan dan melabur dalam perspektif baru demi kesihatan yang terjamin.
Boleh ke kita mengubah DNA dengan makanan?
Nutrigenomik adalah fahaman tentang bagaimana diet dan faktor gaya hidup yang spesifik menjamin kesihatan kita dengan mengubah ‘expression’ di dalam gen kita. Pemetaan (mapping) di dalam genom manusia mendedahkan variasi genetik antara manusia dan bagaimana tiadanya istilah ‘one-size-fits-all’ dalam konsep diet dan nutrisi. Fahamkan bagaimana variasi ini mempengaruhi kesihatan dan kecenderungan terhadap keadaan radang kronik yang mungkin memberi informasi yang penting buat diri sendiri malah orang yang disayangi.
Ujian nutrigenomik menganalisis gen yang mengawal keradangan, pertahanan sel dan detoksifikasi, metabolisma vitamin D, methylation dan metabolisma homocysteine, kesihatan kardiovaskular, metabolisma lemak, pengaturan kolesterol dan metabolisma karbohidrat. Maklumat ini menyediakan saranan peribadi yang praktikal bagi membantu dalam beberapa perkara iaitu;
- Cadangan pemakanan dan nutrisi untuk mengatasi kelemahan genetik yang dikenal pasti dalam DNA anda
- Bagaimana anda sebagai individu memberi reaksi terhadap karbohidrat yang berbeza dan sumber lemak tepu dan nisbah macronutrien yang paling sesuai untuk anda
- Mengapa sesetengah orang bersusah payah untuk menurunkan berat badan, mempunyai masalah tidur, masalah pencernaan yang kerap dan sebagainya
- Isu genetik dalam seseorang individu bagi penyerapan nutrien, metabolisme, penggunaan dan perkumuhan
- Panduan mengenai gaya hidup dan keperluan senaman yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan prestasi sukan bagi atlet
- Melakukan ujian diagnostik yang selanjutnya berdasarkan analisis DNA anda
Oleh kerana sumber data nutrigenomik kami berkembang setiap tahun, kita dapat mentafsirkan maklumat genetik individu dengan lebih baik begitu juga dengan cadangan nutrisi. Hari ini, proses penggambilan sampel DNA sepenuhnya tidak invasif kerana hanya melibatkan dengan mengesat air liur dari mulut. Untuk maklumat lanjut tentang mendapatkan perkhidmatan secara peribadi bagi analisis Nutrigenomik anda boleh EMAIL KAMI DISINI dan kami akan melayan anda dengan jadual bengkel kami yang akan datang.
Tekanan, ‘ game changer’ terhebat bagi ekspresi gen
Salah satu falsafah dalam penyembuhan holistik ialah “tubuh dan minda adalah satu”. Kita tidak boleh memisahkan minda dan badan ini kerana sistem saraf dan hormon kita saling berkomunikasi dengan seluruh tubuh badan serta tekanan mental/emosi segera dirasakan sebagai penegang dan kesusahan di dalam badan dan para penyelidik menemui bahawa seseorang individu yang tertekan mempunyai kandungan sitokin yang tinggi, dimana mencetuskan keradangan dan penyakit jika berpanjangan. Ini menunjukkan bilangan tekanan, hormon, kortisol yang berlebihan memberi impak kepada proses ‘epigenetic’ dengan menyesuaikan tag kimia di dalam DNA yang membuatkan kita lebih mudah terdedah kepada penyakit secara fizikal, mental dan emosi yang boleh berlanjutan sepanjang hidup bahkan diwarisi oleh anak cucu kita jua.
Menguruskan tekanan mental dan emosi melalui ketenangan sekali gus dengan peningkatan peribadi dalam diet kita adalah langkah yang boleh kita lakukan pada hari ini. Mengambil ubat psikotropik dari doktor anda seolah-olah satu cara yang lebih mudah tetapi ini tidak akan menyelesaikan isu-isu emosi asas yang perlu diakui dan dilepaskan bagi penyembuhan sebenar berlaku. Ini tidak bermakna dengan menghentikan penggunaan ubat-ubatan yang diprekrepsi tetapi hanya untuk memastikan proses melepaskan emosi, kepercayaan berunsurkan negatif dan rasa tidak selamat juga merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan anda. Manfaat sebenar dalam bebas tekanan dan penyembuhan secara emosi boleh dirasai apabila dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari dengan mencari ruang buat diri sendiri jika kesemua orang di dalam keluarga memahaminya. Perkara pertama yang dilakukan pada awal pagi adalah waktu yang sesuai bagi mengamalkan refleksi dan kesedaran serta menjadikan anda pada lebih sedar akan peranan tekanan dan ketenangan di dalam hidup kita.
Penangan hebat daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ‘phtyonutrients’ anti-radang
Ubatan berasaskan tumbuhan dan makanan berfungsi memberikan sifat fitokimia yang lebih unik berbanding kandungan vitamin dan mineral yang ada. Tumbuhan antioksidan ini mudah didapati, mengurangkan keradangan di kawasan berkenaaan dan menyokong metilasi, melindungi sel-sel kita dari kesan buruk disebabkan diet, tekanan, gaya hidup dan persekitaran yang tercemar.
- Curcumin dari Kunyit
- Sulforaphane dari Brokoli dan Kobis Bunga
- Resveratrol dari Anggur
- Thymoquinone dari Minyak Benih Hitam (Nigella sativa atau Habbatus Sauda)
- Delhinidum dari Beri biru
- Andrographolide dari Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)
- Annocatacin/Annomuricin dari Annona muricata (Graviola atau Daun durian belanda)
Jadi, tahap kesihatan atau penyakit yang kita dapati pada diri kita boleh menghindari dengan melakukan langkah yang segera untuk menyongsangkan keradangan yang memberi impak kepada diet, tekanan dan gaya hidup kita. Sekiranya anda ingin pergi sejauh ini, jadi melakukan ujian DNA nutrigenomik boleh menyediakan asas pengetahuan yang sangat diperlukan bagi memberi inspirasi kepada gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan perubahan khususnya untuk mengatasi kesan kecenderungan genetik. Oleh kerana terdedahnya sains epigenetik ini, perubahan yang anda buat hari ini dapat memberi kesan positif kepada anda dan generasi yang akan datang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ujian Nutrigenomik, sila klik di sini