Bagaimana menambahkan Minyak MCT di dalam diet anda serta kesilapan biasa yang sering dilakukan

Minyak MCT diserap sepenuhnya dalam masa 15 minit selepas pengambilannya dan ditukar secara pantas menjadi keton di dalam hati untuk mendapatkan tenaga yang segera. Tahap keton yang optima boleh diukur dan bertanggungjawab terhadap kesan berfaedah daripada diet ketogenik. Walau bagaimanapun, hanya segelintir sahaja yang menyedari cara betul dan salah dalam pengambilan Minyak MCT bagi mencapai jumlah aktif secara fisiologikal.

Tonggak bagi Diet Ketogenik ialah Minyak MCT

Salah satu Medium Chain Triglyceride yang utama dikenali sebagai C8-asid kaprilik (Caprylic), C10-asid kaprik (Capric) dan C12-asid laurik (Lauric), C8 menghasilkan keton dalam jangka masa yang terpantas diikuti dengan C10, serta C12 yang menghasillkan dalam kadar yang sedikit. Di Rainforest Herbs, kesemua produk MCT kami mengandungi 60% asid kaprilik dan 40% asid kaprik kecuali Minyak MCT Intelligen C8 yang mengandungi >98% ketulenan C8. Bersama dengan Minyak MCT yang terdapat di dalam produk Ketocreme MCT kami, ia juga mengandungi fiber, kanji atau asid amino yang membantu pencernaan dan metabolisma. Jadi apakah cara terbaik dalam menggabungkan makanan MCT yang hebat ini dalam diet sekeluarga dan mengelak daripada masalah pencernaan?

Matlamat kami adalah bagi Minyak MCT berkesan dalam metabolisma dan mengekalkan keton yang optimum sepanjang hari, untuk tidak mengalirkan minyak melalui sistem pencernaan kita tidak dihadam. Apabila diambil dengan betul, metabolisma dalam MCT akan bertindak dengan pantas dan keton dihasilkan dengan kesan pertama akan mengurangkan selera makan disebabkan kesannya dalam merendahkan tahap leptin. Seterusnya, kita akan merasakan peningkatan tenaga dan fokus tanpa perlu risau apabila kalori yang tidak digunakan daripada MCT disimpan sebagai lemak, menjadikan Minyak MCT ‘lemak yang buat anda nampak kurus’. Berikutan ini, terdapat banyak kesan terapeutik tambahan bagi keton melewati kesan-kesannya dalam mencegah obesiti dan ini adalah subjek dalam kepentingan saintifik disebabkan populariti secara global untuk Diet Ketogenik dan ini termasuk manfaat seperti:

  • Fungsi otak dalam isu kognitif seperti Alzheimer’s, Parkinson’s dan autisme bertambah baik
  • Metabolisma gula dalam darah bertambah baik dan mencegah kencing manis
  • Meningkatkan penyerapan nutrien lain di dalam diet kita
  • Pencegahan bagi diet anti-keradangan dan rawatan dalam keradangan penyakit kronik
  • Pengurangan simptom dalam keadaan tingkah laku dan psikologikal
  • Rawatan alternatif untuk epilepsi pediatrik dan gangguan sawan
  • Meningkatkan prestasi sukan dan ketahanan
  • Peranan komplementari dalam terapi diet bagi kanser disamping rawatan secara konvensional
  • Perkembangan hayat apabila digunakan bersama dengan ‘intermittent fasting’

Menambah satu atau dua sudu kecil (seorang) Minyak MCT dalam makanan merupakan rahsia dalam mengekalkan keton yang mencukupi sepanjang hari

kesan sampingan Minyak MCTRahsia dalam mendapatkan faedah yang maksima ialah dengan mengambil Minyak MCT dengan makanan. Minyak MCT hadir dalam jumlah yang kecil dalam pelbagai jenis makanan yang kita makan dan didapati dalam kepekatan kelapa yang tinggi. Ia adalah minyak tanpa rasa yang mempunyai kaedah yang unik dalam pencernaan yang merupakan cepat berbanding minyak yang lain ini kerana struktur molekul yang pendek tetapi hanya disebabkan metabolisma yang pantas tidak bermakna kita boleh meminumnya begitu sahaja dan menjadi ‘super human’.

Minyak MCT sesuai ditambahkan di dalam makanan yang anda sediakan dan ini akan menambahkan rasa makanan tersebut sambil menyalurkan tenaga keton sepanjang hari. Sebagai contoh, jika anda menambahkan Minyak MCT ke dalam telur hancur atau salad dressing yang sihat, ini menjadikan hidangan anda kaya dengan rasa dan juga membuatkan anda rasa kenyang dengan cepat (tindak balas penindasan selera leptin) jadi anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit dan kekal kenyang dalam jangka masa yang berpanjangan. Baking menggunakan Minyak MCT adalah salah satu cara yang bagus bagi menggabungkan MCT di dalam diet anda dan makanan seperti kek atau roti (seeloknya menggunakan tepung kelapa tanpa pembakar karbohidrat) yang telah ditambahkan dengan Minyak MCT akan mempunyai jangka hayat yang berlanjutan kerana MCT ini tahan oksidan dan mempunyai jangka hayat yang paling panjang berbanding minyak sayuran yang lain. MCT juga tahan haba jadi kebaikannya tidak akan terjejas dalam masakan. Oleh itu, kuantiti yang kecil boleh ditambahkan ke dalam apa jua masakan anda.

Kesilapan dalam pengambilan Minyak MCT

MCT Oil side effects include stomach distress if not taken correctlyJika kita meminum Minyak MCT begitu sahaja, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dalam sistem pencernaan, terutamanya apabila kita masih baru dalam pengambilan Minyak MCT. Secara terus-terang, pengambilan Minyak MCT tidak memberi sebarang masalah sampingan selain daripada badan akan menolak minyak ini dalam bentuk cirit-birit (loose motion), mungkin disebabkan pengambilan yang keterlaluan ataupun diambil ketika perut masih kosong. Ini juga boleh terjadi apabila mengambil Minyak MCT bersama dengan kopi semasa perut masih kosong ataupun dicampur dengan lemak yang lain, seperti minyak kelapa, pes kelapa, krim atau butter dari lembu yang memakan rumput seperti di dalam minuman klasik “Kopi Bulletproof”.

Secara semulajadi lemak MCT biasanya disertai sama ada dengan protein seperti lemak daging atau fiber dan karbohidrat seperti dalam kelapa dan kesemua jenis yang memerlukan pengunyahan bagi menambahkan enzim saliva dalam pencernaan sebelum masuk ke dalam perut. Apabila Minyak MCT diambil secara langsung dan memintas pengunyahan jadi kita perlu memahami ‘natural law’ dan perlu menyedari bahawa minyak ini lebih baik diambil bersama dengan makanan yang lain. Minyak MCT diserap di dalam usus kecil bukan di dalam perut, maka apabila memakan MCT begitu sahaja, perut anda kemungkinan akan mengalami ketidakselesaan jika ia tidak mempunyai enzim bagi menghadam minyak tersebut. Apabila Minyak MCT ini diambil bersama dengan makanan yang lain, atau dalam bentuk serbuk, maka perut anda akan terlibat sama dan mengurangkan peluang dalam menghadapi ketidakselesaan perut atau ‘loose motion’ yang boleh terjadi apabila sistem pencernaan kita dipaksa lebih yang dijangkai.

Tekaan yang mengambil masa dalam mengukur keton

Understanding MCT Oil and the Keto Diet Malaysia

Minyak MCT dianggap sebagai tonggak utama bagi diet ketogenik dan merupakan cara yang terpantas bagi mencapai tahap keton diantara 1.5 - 3mmol/l seperti yang terdapat di dalam carta ini. Bagi mencapai tahap ini dengan diet rendah karbohidrat sahaja (tanpa Minyak MCT) akan mengambil masa bagi mengembangkan fleksibilti metabolisma untuk membakar lemak secara efektif. Minyak MCT mempercepatkan proses ini dan ini lah sebab kenapa minyak ini dianggap sebagai “body hack” dari biohackers pada zaman moden ini. Oleh kerana keton hanya bertahan buat beberapa jam selepas pengambilan Minyak MCT, ianya bagus diambil dalam beberapa kali dalam masa sehari dengan pemakanan rendah karbohidrat bagi mengekalkan tahap keton yang stabil dan nikmati pelbagai manfaatnya.

Mengesan tahap keton anda apabila mengambil Minyak MCT dan dalam diet ketogenik memberi maklum balas yang anda perlukan bagi memahami bagaimana hebatnya Minyak MCT dalam mencapai ketosis. Dengan adanya diari ketosis juga mendedahkan makanan mana yang akan menghalang pengeluaran keton seperti makanan yang merangsang gula dalam darah, buah-buahan manis yang keterlaluan, jus dan alkohol. Setiap dari kita memberi reaksi yang berbeza berdasarkan respons dari genetik terhadap karbohidrat dan oleh itu hanya kerana seseorang yang kita kenal perlu mengikut diet secara berdisiplin bagi mencapai target ketosis yang bersesuaian, anda mungkin boleh menggabungkan pemakanan yang lebih seimbang dan pendekatan peribadi ini lebih difahami jika anda mengambil analisis DNA Nutrigenomik yang menggabungkan gen berkenaan bagi mengawal ‘salivary amylase’ dan metabolisma lemak.

Berada dalam ketosis secara kerap membolehkan kita mencapai keadaan fleksibiliti metabolik yang merupakan tonggak dalam kesihatan, kebebasan dalam pencegahan keadaan yang meradangkan dan umur yang panjang. Ia tidak perlu berada dalam ketosis secara berkekalan dan semenjak anda mencapai sasaran berat badan dan matlamat kesihatan, ia adalah secara semulajadi untuk mengikuti kitaran diet keto sahaja. Ini bermakna secara kitaran di antara ketosis yang optimum, berpuasa (bulanan) dan berpesta sesekali dalam pemakanan yang berkahbohidrat, makanan yang tidak diproses dan tinggi fiber serta dalam kuantiti yang terkawal. 

Jangan mengikut diet atau gaya hidup orang lain secara membuta tuli ini kerana mereka mempunyai kecenderungan genetik yang berbeza dengan kita. Simpan dan catat diari makanan harian dan jujur mengenai perubahan yang berlaku pada anda terhadap tahap keton, selera makan, tekanan, tidur dan tahap tenaga. Nikmati asas dalam diet anda dengan menyediakan makanan segar yang tidak diproses dan bersenam bagi menjadikan ia sebagai tonggak kesihatan. Yang paling penting, jadikan usaha dalam meneroka pelbagai resepi lazat yang boleh digabungkan bagi mengelakkan ia daripada menjadi diet biasa yang anda pernah mencuba dan gagal tetapi ia merupakan gaya hidup holistik buat anda serta sekeluarga boleh menikmati bersama akan manfaatnya.

Rainforest Herbs MCT Range

  1. Minyak MCT (Kelapa) 200ml & 500ml
  2. Minyak MCT Intelligen C8 500ml
  3. Minyak MCT KetoCreme Original 250g and 1kg
  4. KetoCreme Kopi 400g
  5. KetoCreme Coklat 400g
  6. KetoCreme Kolagen 400g

Klik disini bagi meneroka Keto Diet Premier Pack kami yang mengandungi kesemua produk ini dan anda akan mendapat KETONE BREATH METER yang bernilai RM300.00 secara percuma, sementara stok masih ada!