Tentang Keto Diet

Kita cenderung mempercayai bahawa cara diet kita sekarang adalah yang terbaik dan kebiasaannya untuk mengubah cara diet amatlah sulit dan perlukan disiplin yang ketat untuk mengawalnya. Dan selalunya, kita hanya tersedar dan berusaha untuk mengamalkan cara diet yang lebih sihat apabila menderita penyakit kronik, terpaksa bergantung kepada prekripsi ubat-ubatan atau terdapat peningkatan berat badan berlebihan yang mendatangkan risiko penyakit metabolik kronik. Terbaru, ramai orang telah mula beralih arah kepada Diet Keto yang semakin meningkat popular. Malangnya, terdapat banyak salah faham berkenaan cara diet ini. Untuk pemahaman yang lebih jelas, ayuh baca untuk maklumat yang lebih lanjut.

Apakah Keto Diet di Malaysia

Prinsip dasar Diet Keto ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan tubuh badan kita terhadap karbohidrat dan menyokong pengambilan lemak berkualiti tinggi seperti minyak kelapa, alpukat, telur dan sebagainya. Sebenarnya, cara diet seperti ini banyak berkongsi persamaan dengan Diet Rendah Karbo Tinggi Lemak serta Diet Paleo. Malah, sebahagian besar diet-diet sebelum ini sebenarnya telah menggunakan asas prinsip keto. Perubahan terbesar kepada pemahaman nutrisi kita yang telah dibawa oleh Diet Keto adalah dengan pengukuran keton itu sendiri sebagai tanda bahawa kita berjaya mengadaptasi fungsi lemak dalam tubuh badan kita. Apabila kita mengurangkan kebergantungan yang berterusan terhadap gula untuk menghasilkan tenaga, maka tubuh badan kita sekarang mampu untuk membakar lemak, menghasilkan keton di hati yang dihantar ke dalam saluran darah di mana mereka boleh digunakan oleh otot, tisu dan otak sebagai sumber alternatif tenaga.

Kebiasaannya, kita hanya mampu menghasilkan keton ketika sedang berpuasa, dan inilah sebabnya mengapa puasa mempunyai kesan yang sangat baik terhadap kesihatan. Baru-baru ini, kita dapat lihat diet ‘Intermittent Fasting’ (IM) semakin popular dalam kalangan masyarakat yang cakna mengenai kepentingan gaya hidup sihat. Diet ‘Intermittent Fasting’ ini telah terbukti mampu memanjangkan hayat, mencegah penyakit dan sebenarnya telah digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu selama beratus-ratus tahun. Sekiranya anda mengikuti cara Diet Keto yang betul, hasilnya akan tetap sama tanpa perlu menjalani puasa secara sekatan berdisiplin. Malah, pelbagai resepi makanan sihat yang lazat dapat disediakan bagi memastikan keadaan ketosis tetap berlaku dalam tubuh badan kita yang biasanya hanya dilihat apabila kita berpuasa. Ini juga menjadi asbab mengapa Kopi Mentega di pagi hari menjadi semakin popular. Waktu pagi adalah masa yang terbaik untuk mempraktiskan ‘Intermittent Fasting” dan dengan hanya menambahkan lemak sihat kepada kopi pagi anda akan membantu anda untuk bertahan sehingga ke hidangan pertama anda di tengah hari. Hanya satu bulan percubaan dan anda dapat merasakan kehilangan berat badan yang signifikan dengan pengekalan otot dan anda pasti merasa hebat.

Keton kini dianggap sebagai bahan bakar yang lebih bagus berbanding gula, kerana sekiranya hanya karbohidrat sahaja yang dimetabolisma untuk mendapatkan tenaga, ia boleh menyebabkan keradangan dan ketidakseimbangan metabolik, terutama apabila diambil dalam kuantiti yang banyak. Manusia sememangnya secara alami menggunakan kedua-dua sumber tenaga ini namun diet moden terkini mempunyai kalori berlebihan menyebabkan tubuh badan menggunakan sumber tenaga karbohidrat berbanding pembakaran lemak.

Seperti yang kita semua tahu, proses pembakaran lemak itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Di sinilah Diet Keto memudahkan anda dan yang paling penting, ini berasaskan pendekatan inisiatif dimana kita sendiri boleh melakukan pemantauan dengan mengukur keton dalam darah, air kencing atau diri kita adalah tidak menebak kerja sendiri. Keton boleh diukur sama ada darah, air kencing atau kaedah yang paling mudah, melalui pernafasan. Semua peralatan ujian bagi pengukuran keton ini mudah dibeli dan digunakan sendiri di rumah.

Menguji Tahap Keton dalam Diet Keto MalaysiaKetiga badan keton atau mudah kata, keton, yang dihasilkan apabila kita membakar lemak menjadi tenaga adalah Acetoacetate (AcAc), asid beta-hidroksibutrik (BHB) dan Aseton. Walaupun pengukuran keton dalam darah adalah yang paling tepat, ia tidaklah begitu mudah kerana perlu menitiskan beberapa titisan darah kepada jalur keton. Metod pengukuran keton adalah kaedah pilihan kami, biarpun ianya hanya mengukur aseton pada nafas, ia memberikan korelasi yang kuat sebagai penanda aras bagi keseluruhan proses ketosis yang berlaku. Ramai yang keliru dengan keadaan ketoasidosis yang mengancam nyawa. Terutamanya kepada pesakit kencing manis haruslah berjaga-jaga dan peka dengan gejala awal penyakit.

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai statistik tertinggi bagi penyakit obesiti dan diabetes di seluruh Asia. Diet Keto terbukti mampu menawarkan penyelesaian yang lebih praktikal dan berkesan. Namun, ianya tetap bergantung kepada keadaan dan objektif kesihatan individu terbabit dan kemudiannya dapat disesuaikan secara lebih praktikal. Setiap tubuh badan manusia mempunyai penerimaan yang berbeza tetapi kita mampu memperbaiki cara pemakanan keluarga kita dengan pengetahuan dan info yang disediakan oleh Diet Keto hari ini.

Ketone peralatan ujian yang tersedia di MalaysiaTerdapat banyak sumber dan info mengenai Diet Keto yang dikongsi secara percuma oleh para blogger Keto. Bagi membantu tubuh badan mudah mengadaptasi Diet Keto ini, pelbagai cadangan untuke mendapatkan bahan terbaik bagi membantu diet ini turt disertakan. Kini, lebih ramai rakyat Malaysia telah mengadaptasi masakan Keto ke atas hidangan tempatan kegemaran mereka, di mana anda boleh mendapatkan pemakanan sihat bebas karbo ini menggantikan makanan ruji berkarbohidrat di Malaysia. Bagi mengamalkan gaya hidup Keto, anda perlu lebih berdisiplin dan bukan mengamalkan sikap acuh tak acuh. Malah, anda boleh mengekalkan dengan sentiasa melakukan pengujian aras keton, dapatkan info mengenai Diet Keto lebih mendalam dan juga boleh mencuba pelbagai resepi masakan Diet Keto yang mudah. Dan di Rainforest Herbs, kami memahami akan kesulitan yang dialami oleh anda dan kami bersedia membantu anda dengan kemudahan blog kami yang sentiasa diisikan dengan pelbagai idea menarik dan juga kami amat mengalu-alukan soalan-soalan daripada anda!