Sale
  • Serbuk KetoCrème Kolagen 400gm
  • Serbuk KetoCrème Kolagen Maklumat Pemakanan

Serbuk Kolagen KetoCrème MCT 400gm

  • RM145.00 MYR
Title
Qty Price
Buy 1 RM145.00 MYR each
Buy 2 RM137.75 MYR each
Buy 3 RM133.40 MYR each
Buy 4 RM130.50 MYR each

Harga biasa RM145.00

Memperkenalkan produk terbaru kami iaitu KETOCRÈME KOLAGEN berperisa vanilla yang menyediakan 5 gram Peptida Kolagen Marin pada setiap sudu yang digabungkan bersama dengan trigliserida rantai sederhana premium (MCT's) kami! Ketocreme Kolagen kami ini mempunyai kurang daripada 1 gram karbohidrat bersih bagi setiap hidangan dan tidak mengandungi kolesterol, tiada lemak trans, bebas gluten dan merupakan produk mesra Diet Keto.

KetoCreme Kolagen mengandungi 2 jenis lemak fungsi sihat yang paling bersifat bioavailabiliti dan juga peptida protein dalam satu produk, iaitu Minyak MCT dan Kolagen. Minyak MCT adalah asid lemak molekul kecil yang dimetabolisma menjadi tenaga dengan lebih cepat dan membantu dalam pengeluaran keton, merupakan bahan pembakar selular yang paling bersih yang menggalakkan proses metabolisma lemak dan penurunan berat badan. Kolagen Marin kami adalah hasil produk berteknologi tinggi dari Jepun yang diperbuat daripada peptida protein yang mempunyai berat molekul rendah mempercepatkan penyerapan selular dalam masa 1 jam sahaja. Hal ini sangat membantu menyediakan penambahan kolagen ke dalam tubuh badan kita dengan lebih cepat. Terdapat banyak kegunaan marin kolagen ini di mana ianya membantu kita mendapatkan kulit yang lebih tegang dan lembut, serta menyokong bahagian sendi dan tulang agar lebih kuat dan fleksibel. Kolagen Marin ini amat sesuai untuk mengatasi kesan penuaan pada kulit kendur dan berkedut dengan mengembalikan semula keanjalan dan penghidratan pada kulit.

KetoCreme Collagen contains less than 1 gram net carbs per servingDengan mengandungi kurang daripada 1gm karbohidrat bersih bagi setiap hidangan, KetoCrème Kolagen menyokong gaya hidup pemakanan berkarbohidrat rendah dengan menyediakan gabungan antara Minyak MCT yang berpotensi dan peptida protein untuk memastikan proses penambahan sel berlaku tanpa memberi kesan kepada paras gula darah.

Cara pengambilan yang dicadangkan: Campurkan 1 sudu KetoCrème Kolagen dalam air 150ml (separuh gelas air kosong) dan nikmati rasa vanila kami yang begitu eksklusif. Boleh dihidangkan secara panas, sejuk atau dicampurkan dengan kopi, teh atau minuman kegemaran anda. 1 botol KetoCrème Kolagen mampu menyediakan kira-kira 33 hidangan.

Bahan-bahan: Kolagen Peptida (dari ikan), Minyak Rantaian Medium Trigliserida, Erythritol, Ekstrak Buah Luo Han Guo, Emulsifier E471, Fiber Polydextrose, Natrium Kaseinate (dari susu), Emulsifier E471, Perasa Vanilla

Cadangan Penyimpanan: Simpan di tempat kering yang sejuk iauh daripada haba atau elakkan daripada tempat yang lembap.

Rainforest Herbs Serbuk KetoCrème Kolagen 400gm

Manfaat Utama KetoCrème Kolagen

  1. Menyediakan 5 gram kolagen setiap hidangan untuk menambahkan kolagen semula jadi di dalam badan bagi mengekalkan integriti struktur kulit, kelembutan yang anjal, pembaharuan dan pemulihan. Ujikaji klinikal telah menunjukkan pesakit yang menambah kolagen marin mempunyai hasil positif dalam mengurangkan garis kedutan dan meningkatkan penghidratan, keanjalan dan ketegangan kulit.
  2. Menyediakan kedua-dua Minyak Rantaian Sederhana Trigliserida (MCT) dan peptida protein untuk membantu dalam pengurusan berat badan dan membantu mengurangkan pengambilan harian serta menahan selera makan dengan membuat anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama dan pada masa yang sama, mempromosikan proses metabolisma lemak kepada badan. Kesan sinergistik daripada kedua bahan ini juga membantu melindungi dari gejala atrofi otot dan menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
  3. Meningkatkan mobiliti sendi, melegakan kesakitan, mengurangkan gejala osteoarthritis dan menurunkan risiko kemerosotan sendi.
  4. Sebagai blok perlindungan sistem rangka tulang, peptida kolagen membantu penyerapan kalsium dan mineral lain yang penting untuk kekuatan tulang.
  5. Kolagen membantu meningkatkan proses penyembuhan luka sekiranya terdapat kecederaan kulit, seperti parut, ruam, dan kesan lecur.
  6. KetoCrème Kolagen juga menyokong sistem otak yang sihat dengan membekalkan 1,225mg Glisin bagi setiap hidangan yang membantu mengawal mood dan membantu mendapatkan tidur yang lebih nyenyak. Glisin mempunyai fungsi perencatan yang mengambil tindakan mengawal kesan pengujaan yang berlebihan di otak, sekaligus membolehkan minda anda kembali tenang dan sentiasa fokus.

Mengapa Kolagen Marin merupakan Kolagen Terbaik untuk Kulit kita?

Kolagen marin juga dikenali sebagai kolagen Jenis 1 yang membentuk 85% serat kolagen kulit kita dan merupakan tunjang penting untuk kulit yang sihat. Kolagen dari haiwan lain seperti lembu atau ayam kebanyakannya penting untuk sendi dan tidak menawarkan kepentingan terhadap kulit. Selain itu, kolagen marin turut berguna untuk menambahbaikan fungsi sendi, penyembuhan lebih cepat dan penting untuk kesihatan tulang. Kolagen marin dari ikan juga bersifat 1.5 kali ganda bioavailabiliti berbanding kolagen yang lain kerana berat molekulnya lebih rendah dan sudah tentu ia didatangkan daripada sumber yang lebih selamat dan dijamin bebas dari Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE) yang juga dikenali sebagai "Penyakit Lembu Gila" Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut serta Virus Burung.

KETOCRÈME KOLAGEN MARIN PEPTIDA:

  • Glisin 24.5%
  • Prolin 13.2%
  • Asid Glutamat 11.3%
  • Alanin 11.3%
  • Hidrosiprolin 9.6%
  • Arginin 8.3%
  • Asid Aspartik 6.76%
  • Lisin 4.19%
  • Serin 3.85%
  • Leusin 3.34%
  • Threonin 3.15%
  • Valin 3.01%
  • Isoleucin 1.71%
  • Methionin 1.35%
  • Histidin 0.61%
  • Tyrosin 0.51%
  • Cystin 0.09%
  • Triptophan 0.02%