YumYum Pes Kelapa (Coconut Butter) - Rainforest Herbs Malaysia

YumYum Pes Kelapa 350gm

Default Title
RM24.50 MYR
Sale price  RM24.50 MYR Regular price  RM27.50 MYR
Skip to product information
YumYum Pes Kelapa (Coconut Butter) - Rainforest Herbs Malaysia

YumYum Pes Kelapa 350gm

RM24.50 MYR
Sale price  RM24.50 MYR Regular price  RM27.50 MYR

3 reviews

Pes Kelapa (Coconut Butter) kami menyediakan semua manfaat Minyak Kelapa Dara ditambah dengan nutrien kelapa dan serat prebiotik pasti akan mengujakan hari-hari anda!

YumYum Organic Coconut Butter MalaysiaApakah yang membuatkan YumYum Pes Kelapa dari Rainforest Herbs kami ini begitu istimewa? Produk kami ini diperbuat daripada 100% kelapa segar organik yang telah dihnyahidrat dan apabila ianya mula mencair di dalam mulut, rasa yang lazat itu pasti membuatkan anda ingin mencuba lagi! YumYum Pes Kelapa adalah cara terpantas untuk orang dewasa dan kanak-kanak menikmati keenakan Minyak Kelapa Dara yang berkhasiat! Dan pastinya tiada bahan lain ditambah. Pes kelapa ini dikayakan dengan kenikmatan rasa kelapa yang lazat dan boleh menggantikan mentega biasa untuk dioles ke atas roti bagi sarapan pagi yang enak, digunakan dalam masakan dan dalam adunan kek atau boleh terus ditambah ke dalam minuman harian anda. Namun yang pasti, ramai memilih untuk mengambilnya secara langsung kerana rasanya yang sungguh lazat dan lemak berkrim! Setiap balang kaca mengandungi 350gm.

YumYum Pes Kelapa adalah ‘superfood’ semulajadi yang kaya dengan trigliserida rantaian sederhana (MCT) serta serat dan protein kelapa. Minyak MCT dan serat dalam produk Pes Kelapa mencetuskan rasa kekenyangan biarpun pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit. Ini turut menghalang ketidakseimbangan gula dalam darah yang selalu menyebabkan pengambilan makanan ringan. Kesedaran mengenai kepentingan MCT kelapa kini dilihat kian meningkat di mana masyarakat semakin sedar mengenai peralihan ke arah gaya hidup sihat dengan mengamalkan karbohidrat yang lebih rendah dan diet lemak sihat yang lebih tinggi. kerana terbukti meningkatkan tenaga dan metabolisma, penurunan berat badan, mencegah kencing manis dan meningkatkan masalah memori dan penuaan.

Kegunaan

  • Untuk digabungkan dengan Minyak MCT ke dalam minuman kopi pagi anda. Miliki rasa manis semulajadi (walaupun ia tidak mengandungi gula), serat dan alergen yang rendah menjadikan ia pengganti bahan lemak yang lazat dan enak.
  • Mengandungi karbohidrat rendah dan merupakan snek lemak sihat berkandungan tinggi yang boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang hari, terutamanya kepada pengamal Keto Diet.
  • Oleh digunakan bagi menggantikan mentega sebagai  sapuan bebas gula yang pasti disukai anak-anak
  • Tambahkan ke smoothies kegemaran anda untuk tenaga tambahan dan rangsangan serat prebiotik
  • Memasak dan membakar: tambahkan ke dalam resipi kegemaran anda untuk menggantikan mentega dan sebagai bahan manis yang bebas gula untuk hidangan anda

Rainforest Herbs YumYum Coconut Butter is Keto and Paleo friendly and Halal and MeSTI certified

Maklumat lanjut

Fahami konsistensi pes kelapa: Kerana pes kelapa terdiri daripada> 60% Minyak Kelapa Dara yang akan berubah dari cecair ke pepejal bergantung kepada suhu luar. Bagi iklim panas atau tropika, Pes Kelapa akan berada dalam bentuk cecair yang likat manakala dalam iklim sederhana ia akan berada dalam bentuk "butter" separa pepejal. Pes Kelapa hanya akan berada dalam bentuk butter separa pepejal dalam suhu bilik antara 15 hingga 24 darjah Celsius. Di negara-negara tropika di mana suhu bilik purata adalah melebihi 25 darjah Celsius, maka ia akan kekal dalam bentuk cecair yang likat.

Sebagai produk semulajadi yang tidak mengandungi sebarang pengemulsi, tompokan minyak dan pemendapan kelapa mungkin berlaku. Oleh itu, pastikan ianyanya digoncangkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Sebaik sahaja Pes Kelapa bercampur sepenuhnya ia boleh disimpan pada suhu bilik.

Pes Kelapa Organik YumYum tidak mengandungi gula, tiada lemak trans, tiada kolesterol, tiada bahan GMO, tiada pengawet dan tidak hidrogenasi. Ia bebas gluten, bebas tenusu dan produk vegetarian sepenuhnya. Satu-satunya bahan adalah kelapa organik segar! Anda tahu betapa bagusnya produk ini apabila anak-anak anda amat menyukainya! Jangan terkejut jika haiwan kesayangan anda juga menikmati sesudu dua kerana ramai pelanggan kami telah mencubanya!

Letakkan pada suhu bilik. Jangan simpan di suhu beku kerana ia akan menjadi keras.

Title
CARE & MAINTENANCE

To maintain the beauty and integrity of your purchase, we recommend treating it with care. Simple maintenance practices, such as gentle washing and proper storage, can effectively preserve the longevity of your favorites. We encourage you to refer to the care instructions included with each item, designed to help you keep your purchase in top condition.

SHIPPING & RETURNS

We strive to process and ship all orders in a timely manner, working diligently to ensure that your items are on their way to you as soon as possible. Need to return something? Just let us know.

Embracing small joys

Each item is designed to blend harmoniously with your living space while adding a unique touch. We aspire to bring balance and enrichment to everyday life.

You may also like