Tepung Kelapa Organik 650gm

  • RM19.50 MYR
  • RM19.50 MYR
Size
Qty Price
Buy 1 RM19.50 MYR each
Buy 2 RM18.53 MYR each
Buy 3 RM18.14 MYR each
Buy 4 RM17.75 MYR each

Tepung Kelapa Organik merupakan produk bebas gluten yang lazat, alternatif kepada tepung gandum dan tepung bijirin lain yang miliki paras indeks glisemik yang rendah. Dihancurkan menggunakan isi kelapa yang telah dikeringkan dan separa nyahlemak. Tepung kelapa miliki kandungan serat,protein yang tinggi, protein yang tinggi dan rendah karbohidrat mudah cerna.

Satu 2 sudu teh tepung kelapa mengandungi 5 gram serat, 2gram protein dan 8 gram karbohidrat glisemik rendah. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang mengamalkan Diet Gluten Bebas, Rendah Karbo, Diet Ketogenik atau Paleo dan juga untuk semua yang ingin mengurangkan berat badan mereka dan memiliki sistem percernaan sihat.

Tepung kelapa kami diperbuat daripada kelapa organik segar yang asli. Proses pembuatannya dimulakan dengan saringan minyak ketika proses penghasilan Minyak Kelapa Dara melalui teknik ‘Cold-Pressed’ dan akhirnya menghasilkan sisa kepingan kelapa / kek kelapa separa nyahlemak. Kek kelapa ini kemudiannya dikeringkan dan dikisar halus untuk menghasilkan Tepung Kelapa. Tepung yang dihasilkan mempunyai 16-20% protein, 12% maksimum bagi lemak dan 40-50% serat makanan.

Rasa kelapa yang ringan tekstur membolehkan tepung kelapa digunakan bagi menghasilkan kek atau makanan manis. Ia turut digunakan untuk menyadur ayam, ikan atau jenis makanan berprotein yang lain menggantikan tepung biasa atau tepung jagung yang sering digunakan untuk menggoreng. Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, menggunakan tepung kelapa untuk membakar kek adalah satu pengalaman yang luar biasa. Hanya satu pertiga daripada jumlah tepung kelapa yang diperlukan, berbanding dengan tepung gandum dan kebanyakan resepi yang biasanya memerlukan lebih banyak air untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kebiasaanya, kami akan mengesyorkan kepada pengguna awal untuk mengikuti resepi yang telah dilakukan. Kebanyakan resipi untuk roti, kek dan biskut akan menggunakan telur tambahan untuk menjadikan ianya lebih bertekstur gebu, ringan dan lebih enak. Tepung Kelapa juga sangat bagus apabila digunakan bersama tepung bebas gluten lain, seperti tepung badam, ubi kayu, ubi keledek dan sebagainya.

Setiap pek mengandungi 650gm. Saiz beg pukal 1.5kg juga turut disediakan.

Piawaian Pembuatan:

  • Organik (USDA / NOP, EU dan JAS) disahkan
  • JAKIM Halal dan MeSTI disahkan

Rainforest Herbs Organic Coconut Flour

Mengapa menjadi pilihan ramai?

  • 100% Organik
  • Bebas gluten
  • Bukan GMO
  • Rendah Glikemik / Rendah Karbohidrat
  • Tinggi protein & serat
  • Tidak diproses & tidak dikawal
  • Paling sesuai untuk diet Paleo, Ketogenik dan Rendah Karbo
  • 100% vegetarian dan vegan
  • Halal diperakui dan diiktiraf