Sale
  • Minyak Habbatus Sauda ‘Cold Pressed’ - Rainforest Herbs
  • Minyak Habbatus Sauda ‘Cold Pressed’ - Rainforest Herbs
  • Minyak Habbatus Sauda ‘Cold Pressed’ dan Halal

Minyak Habbatus Sauda ‘Cold Pressed’

  • RM64.15 MYR
Title
Qty Price
Buy 1 RM64.15 MYR each
Buy 2 RM60.94 MYR each
Buy 3 RM59.02 MYR each
Buy 4 RM57.74 MYR each

Harga biasa RM64.15

Minyak Habbatus Sauda yang diproses oleh penekanan sejuk memiliki keaslian dan kesegaran tertinggi serta memiliki formulasi gabungan dengan Minyak Kelapa Dara-Penekanan Sejuk kami untuk kesan yang lebih bagus, lebih stabil dan lebih mudah. Tiada bahan lain ditambah. Minyak Habbatus Sauda kami mempunyai rasa dan aroma yang segar untuk diletakkan ke dalam minuman kegemaran anda, makanan atau salad.

Minyak Habbatus Sauda ini dihasilkan dari benih pokok Nigella sativa dan merupakan salah satu rempah herba tertua dalam rekod kegunaan sistem herba dan tradisi masakan dari Asia, Timur Tengah, Persia dan Eropah selatan sejak lebih kurang 4,000 tahun. Minyak dan benih ini juga telah direkodkan penemuan di makam firaun Mesir dan kebaikan rempah ajaib ini turut banyak dijelaskan dalam kedua kitab suci Islam dan Perjanjian Lama di mana ia sering dinyatakan mampu mengubati segala penyakit kecuali kematian.

Piawaian Pembuatan:

  • Organik yang diiktirafkan (USDA / NOP, EU dan JAS)
  • Berdaftar JAKIM Halal dan MeSTI yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Minyak Habbatus Sauda ‘Cold Pressed’

Kegunaan

Pencernaan: Minyak Habbatus Sauda menunjukkan hasil yang paling memberangsangkan dalam meningkatkan pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut, gas dan pedih ulu hati. Kajian telah menunjukkan ia memberikan perlindungan semula jadi daripada jangkitan H. pylori yang menjadi penyebab kerengsaan gastrik dan pembentukan ulser.

Peningkatan tenaga: Ibn Sina,yang turut dikenali sebagai Avicenna, telah menulis risalah perubatan 'The Canon of Medicine' pada 1025 AD yang merujuk bihi Habbatus Sauda ini sebagai benih ‘Pembekal tenaga dan kecerdasan tubuh badan. Terdapat banyak kajian saintifik turut serta menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda ini terbukti meningkatkan kesihatan, vitalitas dan menyahtoksik serta menghilangkan tekanan.

Penurunan berat badan: Kedua-dua Minyak Habbatus Sauda dan Minyak Kelapa Dara telah terbukti menggalakkan proses metabolisma yang sihat, penurunan berat badan dan mengurangkan ukur lilit pinggang serta berjaya membuat kita menahan lapar sekaligus menambah tenaga yang dapat mengurangkan pengambilan snek antara waktu makan serta rasa mengidam.

Asma dan alergi: Minyak Habbatus Sauda ini turut digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah pernafasan, bronkitis, sinusitis dan asma serta kesan teuraptiknya telah disahkan dalam beberapa kajian saintifik. Sebagai anti radang dan bronkodilator yang kuat, minyak habbatus sauda melegakan kekejangan bronkial dan meningkatkan fungsi pernafasan/pulmonari. Bahan aktifnya, nigellone, berkesan menghalang histamin dan thymoquinone dan melindungi daripada kesan kerosakkan akibat merokok serta melegakan batuk.

Imuniti: Minyak Habbatus Sauda meningkatkan sel darah putih, secara khususnya sel-sel pembunuh semulajadi yang mencari dan memusnahkan bakteria, virus dan kulat serta memprogram imuniti semula jadi kita, termasuk pertahanan kita terhadap jangkitan bakteria biasa, selsema dan virus lain. Penyelidikan terkini fokus kepada anti-HIV, anti-tumor dan kesan anti-kansernya.

Memori & anti penuaan: Kedua-dua Minyak Habbatus Sauda dan Minyak Kelapa Dara telah menarik lebih minat pengkajian saintifik terhadap kesan terapeutiknya yang melindungi neuron dari kemerosotan dan meningkatkan memori dan pembelajaran. Hasil yang memberangsangkan juga telah dibuktikan dalam kajian merawat keadaan penuaan dan orang tua, termasuk kehilangan memori, penyakit Alzheimer, keadaan ketidakberhasilan-neuro dan penyakit Parkinsons.

Penggunaan luaran: Kombinasi bersama Minyak Kelapa Dara meningkatkan sifat penyembuhan untuk penyakit kulit radang, perlindungan daripada penuaan awal disebabkan sinaran matahari dan membantu pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat. Sejak zaman purbakala, Minyak Habbatus Sauda juga telah digunakan sebagai minyak urut sensasi yang mempunyai ciri-ciri kualiti kerbesihan yang tinggi dan meransang sensual.

Cara Pengambilannya?

Satu atau dua sudu teh Minyak Habbatus Sauda Rainforest Herbs boleh diambil secara langsung atau ditambah dengan minuman, smoothie atau digunakan sebagai salad dressing. Ia juga boleh digunakan secara luaran untuk mengekalkan rambut dan kulit yang cantik.

Muat turun risalah Minyak Hias Herba Hitam kami di sini

Maklumat lanjut

Banyak kegunaan perubatan purba yang berkaitan dengan Minyak Habbatus Sauda telah disahkan oleh penyelidikan saintifik moden. Minyak Habbatus Sauda mengandungi beberapa bahan bioaktif yang telah menjadi subjek kajian lebih daripada 650 kajian klinikal dan makmal; kajian yang paling baik adalah thymoquinone dan alpha-hederin.