MENGAPA MEMBUAT ‘KETO FAT BOMBS’?

Keto ‘Fat Bombs’ adalah sebahagian perkara yang penting dalam Keto dan diet rendah karbohidrat serta snek sihat yang menjadi kegemaran buat seisi keluarga.

Keto ‘Fat Bombs’ boleh dinikmati sebagai sarapan bersama dengan ‘Kopi Bulletproof, sebagai snek petang, sebelum bersenam atau bila-bila masa yang anda perlukan bagi menambah tenaga sepanjang hari. Ini merupakan rendah karbohidrat, keto dan mesra vegetarian serta menyalurkan lemak yang diperlukan supaya metabolisma dalam badan dapat membantu kita menukar lemak yang dibakar, yang dimana membentuk keperluan asas keto dalam kehidupan kita.

Kunci utama dalam membuat ‘Keto Bombs’ ini adalah mempunyai lemak yang kaya dengan MCT secukupnya bagi mencetuskan selera makan serta mempunyai kandungan karbohidrat yang terlalu rendah dan ya, rasanya juga perlu menakjubkan. Manfaat tambahan adalah dengan menggabungkan bahan nutrien yang padat seperti buah beri yang kaya dengan antioksidan, coklat, kacang, rempah dan sebagainya.

Apa yang lebih menyeronokkan adalah ianya sungguh cepat dan senang untuk dibuat serta tidak memerlukan proses ‘baking’, hanya campurkan kesemua bahan-bahan, membuat bentuk yang diingini dan masukkan ke dalam peti sejuk.

MENGAPA MEMBUAT ‘KETO FAT BOMBS’?

Bagaimana cara membuat ‘Fat Bombs’?

Ianya sangat mudah, ini kerana tiadanya sebarang kesusahan atau peraturan cepat bagi mencampurkan kesemua bahan ini untuk membuat snek pilhan anda dari apa jua bahan yang anda ada. Cadangan kami dengan menggunakan produk kelapa dan menambahkan produk MCT yang tulen.Dengan adanya tepung kelapa yang sangat halus menjadikan ia sebagai bahan utama dalam memberikan tekstur dan kepantasan dalam membentuk ia menjadi bola. Jika tidak, anda perlu menggunakan kertas cawan cupcake bagi menjadi acuan apabila memasukkan ia ke dalam peti sejuk.

Produk kelapa:

  • Minyak Kelapa Dara Organik
  • Minyak Kelapa Tanpa Bau Organik
  • Minyak Kelapa Organik
  • YumYum Pes Kelapa
  • Tepung Kelapa Organik

Minyak MCT atau serbuk:

  • Minyak MCT ‘Body Hack’
  • Minyak MCT Intelligen C8
  • Serbuk KetoCreme Coklat
  • Serbuk KetoCreme Asli
  • Serbuk KetoCreme Kopi

Sila tekan disini bagi mengetahui bahan-bahan ‘Keto Bomb”

Dari sini anda boleh menambahkan perisa dan tekstur bahan tersebut serta pemanis tanpa kalori pilihan anda

Bahan-bahan yang menyihatkan dan lazat:

  • Kacang: Badam, Macadamia, Walnut, Pistachio dll
  • Keju krim
  • Grass Fed Butter atau Minyak Sapi
  • Empingan Kelapa yang kering
  • Lemon, limau serta kulitnya
  • Coklat gelap (seeloknya yang lebih dari 85%) atau kakao tulen tanpa gula/ serbuk koko
  • Vanila semulajadi tanpa gula
  • Buah Beri, Raspberi, Blackberries dll
  • Pemanis dari Stevia atau Monkfruit (Luo Han Guo)
  • Pemanis dari Erythritol, Swerve atau Lakanto
  • Kokoa nibs
  • Garam Himalaya
  • Rempah seperti Kayu Manis dan Halia
  • Perisa peppermint yang semulajadi

Paparan resepi daripada KetoHerbalist kami:

Ben's Simple Lime Zest Coconut Bombs

Bahan-bahan (buat dalam bentuk bebola kecil sebanyak 6-8):

  1. Serbuk MCT KetoCreme Original - 2 sudu
  2. Tepung Kelapa Organik - 2 sudu
  3. Minyak Kelapa Dara Organik - 2 sudu besar
  4. Jus limau gunakan 2 limau/1 lemon dan zest dari 1 limau/lemon
  5. Pemanis tanpa kalori contohnya gula Lakanto (estrak Erythritol dan buah Monk) - 6 sudu kecil

Langkah 1: Masukkan serbuk MCT, tepung kelapa, zest limau dan Minyak Kelapa ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan tersebut

Langkah 2: Perahkan jus limau dan masukkan gula tanpa kalori. Kacau hingga sebati.

Langkah 3: Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan bentukkan ia menjadi bebola kecil. Jika anda tidak dapat memakan snek ini dengan segera, anda boleh menyimpannya ke dalam peti sejuk untuk menjadi ia sebagai snek ringkas yang menyihatkan. Saya sangat sukakan snek ini kerana ianya sangat mudah untuk disediakan dengan rasa masam.

Tip ‘Keto Bomb’: Kami mencadangkan supaya membuatnya dalam kuantiti yang sedikit disebabkan ini memerlukan anda untuk dapatkan keseimbangan rasa yang sesuai. Jika anda menggunakan serbuk koko pahit yang tulen atau coklat gelap perlu seimbang dengan pemanis tanpa kalori pilihan anda secukupnya. Sekiranya ada ingin membuat fat bomb tanpa mempunyai sebarang rasa kelapa, serbuk KetoCreme dan Minyak Kelapa Tanpa Bau akan memastikan bahan lain yang digunakan tidak bersaing dengan rasa kelapa.