Bagaimana kita meluangkan hari kita adalah bagaimana kita meluangkan kehidupan kita!

Kesihatan fizikal dan mental yang sihat dicapai langkah demi langkah. Kita boleh mencapai matlamat kita hanya apabila kita berhenti membuang masa bergantung pada pil diet ‘magik’ dan berangan angan tanpa usaha, sebaliknya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bermulanya gaya hidup yang sihat dengan penilaian yang jujur terhadap tahap kesihatan semasa kita. Jika terus melakukan perkara yang sama seperti apa yang kita lakukan sekarang, maka kita akan berterusan mendapat keputusan yang sama.

Adakah anda bergelut dengan isu berat badan, gula dalam darah dan ketidakseimbangan tekanan darah, jangkitan yang kerap, alergik atau masalah pencernaan yang kronik? Adakah anda mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor bagi mengawal kesihatan? Adakah anda kerap mengalami kesakitan pada anggota tubuh serta sendi yang memerlukan pengambilan ubat dan keradangan?

Kunci bagi mengubah gaya hidup kita secara radikal adalah dengan MEMAHAMI BAGAIMANA TUBUH BADAN KITA BERUBAH SEJAK BERJUTA TAHUN YANG LALU, apa yang diperlukan bagi menjadi sihat sebaik-baiknya dan bagaimana tabiat kita pada zaman moden ini memberi kesan kepada kesihatan keluarga kita.

    Struktur dan Pergerakan

    Struktur dan Pergerakan

      Apabila kita gembira melihat anak-anak bermain di taman permainan supaya mereka dapat bersenam dan mengembangkan penyelarasan fizikal akan tetapi kita tidak sedar bahawa sebagai orang dewasa mempunyai keperluan yang sama setiap hari. Dengan mengaktifkan rangkaian penuh bagi gerakan dimana otot dan rangka yang termampu adalah cara yang terbaik dalam melambatkan penuaan, tiada apa yang perlu dibandingkan. Fikir sejenak permintaan keperluan fizikal dimana nenek moyang kita telah mengalaminya setiap hari bertungkus lumus menggunakan setiap anggota badan mereka bagi mencari keperluan makanan yang mencukupi, perlindungan dan melindungi yang tersayang daripada bahaya.

      Cuba perhatikan kelengkapan gim moden dengan kesemua mesin yang ada serta senaman secara berkumpulan adalah yang terbaik dengan mencipta semula pelbagai pergerakan dari nenek moyang kita dimana mereka terpaksa melakukannya, termasuk kelas zumba pada masa sekarang yang berasaskan tarian berpuak zaman dahulu. Sesiapa pun yang menjadi pelanggan tetap di gim mengetahui perasaan gembira yang dirasai daripada latihan angkat berat, kardio dan senaman secara berkumpulan yang selaras dengan keperluan evolusi kita untuk menjadi aktif secara fizikal.

      Ianya lebih baik apabila bersenam secara semulajadi dapat menyatukan kembali hubungan kita dengan bumi dan memahami tujuan kita sebagai manusia. Apabila senaman menjadi tabiat seumur hidup, maka kita meningkatkan kesedaran postur dan menghargai peranan struktur fizikal kita dari segi kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan, yang membolehkan kita berusia dengan penuh keyakinan dan bertambah anggun. Jika kita berhenti bersenam, maka ia telah mengaktifkan penyakit berasaskan kod genetik kita dan makin menurun.

        Tubuh badan kita berasaskan pemakanan kita

        Tubuh badan kita berasaskan pemakanan kita

          Kepentingan di dalam Paleo dan Gaya Hidup Ketogenik dan diet rendah karbohidrat yang berkenaan berkembang dengan pantas di seluruh dunia disebabkan kebanyakannya mengambil langkah bertanggungjawab atas tahap kesihatan mereka melalui apa yang kita makan pada setiap hari. Pendekatan ini berkaitan dengan kesemua pemakanan nutrisi yang melibatkan 100% makanan semulajadi yang tidak diproses, sayur-sayuran dan buah-buahan yang bernutrisi kompleks, elak pengambilan gula dan karbohidrat berkualiti rendah serta kanjinya, dengan usaha tambahan bagi daging organik ‘grass-fed’ dan menggabungkan lebih banyak lemak yang sihat seperti minyak kelapa, avokado dan telur. Kami mempunyai perkara yang lebih terperinci tentang diet di dalam blog ini tetapi bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh, tiada yang lebih baik daripada membaca buku yang berkenaan daripada mereka yang lebih arif dalam bidang ini, jadi ini senarai buku yang menjadi kegemaran peribadi:

          1. PRIMAL FAT BURNER, by Nora Gedgaudas
          2. THE KETO RESET DIET, by Mark Sisson
          3. THE PRIMAL CONNECTION, by Mark Sisson

          Tubuh badan kita mempunyai keupayaan yang luar biasa dalam meremajakan dan membaiki apabila kita mengeluarkan sumber yang tidak seimbang dalam 2 kawasan utama ini. Tetapi memperbaiki pergerakan kita hanya dengan melakukan senaman tanpa mengubah diet kita tidak mencukupi bagi meremajakan kesihatan kita dalam jangka yang panjang.

          Sebelum kita meneruskan perjalanan ini, kita memerlukan panduan dan fahaman yang lengkap dan kami mengesyorkan anda dengan melanggan buku-buku ini dalam laman sesawang bagi mengelakkan kesulitan yang biasa hanya dengan mengambil beberapa info dari internet dan akhirnya beranggapan, “ia tidak berkesan bagi saya”.